SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PENGENALAN
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai
bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian Kaum dan Etnik
inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.
Tiga kaum yang
terbesar di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak
bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, majoriti penduduk di Tanah
Melayu ialah orang Melayu. Hanya sebilangan kecil orang Cina datang ke Tanah
Melayu sebagai pedagang manakala sebilangan kecil orang India pula bekerja
sebagai buruh.
Pada pertengahan abad
ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke
Tanah Melayu ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum
tersebut untuk bekerja di tapak-tapak perlombongan dan dalam sektor ekonomi.
Senario ini didapati
berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Kesan yang jelas
melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang
berbilang kaum dan kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara
besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Pemajmukan masyarakat
menyebabkan British mentadbir berdasarkan pendekatan ‘pecah dan perintah’ di
Tanah Melayu. Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya
masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain tidak
digalakkan. Hasilnya terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum
di negara ini dari semasa ke semasa.
SEJARAH & LATAR
BELAKANG PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Malaysia
mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan
lain-lain. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza.
Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan dengan Malaysia. Ini kerana negara Malaysia
terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan budaya yang tersendiri.
Kini, negara Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari
Perlis hingga ke Sabah. Corak masyarakat Malaysia berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan perubahan struktur politiknya. Dengan adanya
kepelbagaian kaum, maka wujudlah kepelbagaian adat resam, budaya, bahasa, agama
dan sebagainya.
Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada pelbagai
lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri.
Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang dan sejarah
kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis pemisah
seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya. Menurut Kamus Dewan
(2005), masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di
sesuatu tempat dengan atur dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam
kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Contohnya
seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangasa Melayu,
Cina, India dan lain-lain. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang
berbilang kaum pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak.
Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad
ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan
abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar
liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan
mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.
Dari
Masyarakat Melayu:
Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah yang
tersendiri seperti Kaum Melayu dahulunya tinggal di perkampungan.Selain
itu,mereka juga bekerja sebagai petani,peternak, menangkap ikan dan mengutip
hasil hutan.Pada mulanya kaum Melayu menganut agama buddha.Namun sejak
kedatangan Islam datang ke tanah Melayu, kaum Melayu telah menganut agama
Islam. Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah mengamalkan
syariat yang wajib diamalkan dalam Islam contohnya solat lima waktu, puasa di
bulan Ramadhan, mengerjakan haji dan lain-lain lagi.
Dari
Masyarakat Cina:
Seterusnya, masyarakat Cina biasanya menetap di perbandaran. Kedatangan
buruh dari Cina secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang
kebanyakkan mereka berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Fukien
dan Kwangsi. Kebanyakan masyarakat Cina bekerja sebagai peniaga.
Sesetengah kaum Cina bekerja sebagai pelombong semasa era penjajahan British.
Kedatanagn buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti
sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan pengambilan rumah
kongsi. Sesetengah kaum Cina menganut agama Kristian namun kebanyakan kaum
Cina menganut agama Buddha.
Dari
Masyarakat India:
Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di kawasan ladang atau
estet. Kaum India mula memasuki Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka
terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Pada akhir abad ke-19 dan
pada awal abad ke-20, penjajah British mendapati India sebagai tempat
mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senang untuk dikawal. Dalam tahun
1880, Hugh Low dan Frederick Weld telah mendapatkan permit daripada kerajaan British
untuk mengimport buruh-buruh dari India dan bekerja di ladang-ladang milik
mereka di Tanah Melayu. Kaum India terbahagi kepada beberapa suku etnik
diantaranya terdiri daripada Tamil, Telegu, Ceylon dan lain-lain. Kebanyakan
mereka yang diambil bekerja di ladang-ladang adalah dari golongan Tamil.
KESIMPULAN
Sebagai ulasannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula
apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga
penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum,
ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan
Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar
berlakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.
Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia telah terjadi secara tidak
sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu.
Namun pada pertengahana abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara
beramai-ramai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris di Tanah Melayu.
Kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada
kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada carabagaimana kita
melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke
Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya
baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru
struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di
malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk
di tanah melayu adalah melayu.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang
dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan
pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan
bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan
Cina dan pelbagai etnik yang lain.
Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu
padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di
masa yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi
masakini.
ok ..harap kita semua dapat mewujudkan masyarakat malaysia yang harmoni dan bersatu padu
ReplyDelete